Thursday, July 31, 2008

Deerland Park At Lanchang , Pahang

Posting Cik Fizza di group ada2aje
Deerland, Lanchang..

Ahad miggu yg lepas, fizza berkesempatan ke Deerland , Lanchang.
(dalam pada ayah sakit2 tu pun di larat kan gak tuh)
Kebetulan baru lepas kenduri kawin org kg. Sudah alang2 ke Lanchang, fizza pun suggest dekat ayah dan mak pergi jengok2 sat dekat Deerland Lanchang (yg di sebut2 kebelakangan nie).

Hurm, well nak tulis / cerita panjang2 pun tak guna...
hanya gambar berikut saje lah yang mampu "menggambarkan" keunikan Deerland Park.

Perjalanan dari Pekan Lanchang ke Deerlang Park ni lebih kurang 11/12km (dlm 30mnt perjalanan.. kalau bawak slow2)
heehehehe sebab jalan kampung.. so kena la bawak slow2 .. kalau tak.. rosak tayar kete kang.

Sepanjang perjalanan ke Deerland Park, anda akan terpegun dgn "keNATUReran" alam semula jadi nya. Fizza terpegun dengan keunikan rumah org2 asli nie.. walaupun ada yang telah moden rumah nye, namun ade juga yang masih kekal dengan kulit2 kayu sahaja. Sungguhpun begitu memang nampak cantik. (well mostly rumah org asli) sbb berdekatan dgn kg org asli.

Bila tiba di Deerland , fizza smpat berkenalan dan menemuramah ower Deerland tuh.
Orang nye memang peramah, walaupun fizza cakap just nak tengok2 saja, dia masih sudi memberi kami masuk dan bergambar dgn haiwan2 yg berada disana.

Mengikut kata En. Abdullah (kalau tak silap) kebanyakan yang datang kesini adalah touris dari luar negara. Keluasan tanah adalah sebyk 12ekar dan bermacam2 haiwan terdapat didalam nye. Ada beruang , yang dikatakan paling jinak di dunia . Ada burung unta, kera, kancil, ayam hutan, burung merak, dan sudah semestinya la Rusa,dah nama pun deerland kan. Terdapat rusa2 dari negara taiwan/korea, ada juga dari seberang. dan dikatakan rusa dari seberang yang palin jinak. Pelancong2 juga dibenarkan memberi makan kepada haiwan2 ini.

Kepada yang berminat untuk pergi bercuti disini, mereka juga ada menyediakan khemah2 untuk
menginap dan merasai alam semulajadi.
Untuk bayaran melawat Deerland :

Dewasa : RM5
Kanak2 : RM3 (bwh 12thn)
bawah 3tahun percuma

Utk sewa tapak sahaja : (peralatan semua sendiri) RM10 seorang
Utk pakej 2hr 1 mlm : (25org dan keatas shj) RM50-60 seorang













No comments:

Post a Comment